Aqeef

Tuesday 28 August 2012

Aqeef 25 Days Old - Pengalaman Terindah Seorang Ibu

Alhamdulillah, buat kali pertama Aqeef telah dipangku oleh ibunya dan diberi susu badan. Indah dan sebak hati papa melihat Aqeef telah boleh menyusu terus dari badan ibunya.... Moga Aqeef boleh terus menerima susu badan ibu ya... Cepat besar ya anak papa ni.. Tak sabar rasanya nak keluar dengan segera dari PICU ke wad biasa. Tak sanggup lg papa nengok Aqeef dipenuhi wayar dan pelbagai mesin.. Moga Allah terus melindungi anak kesayangan papa, amin.....





Thursday 23 August 2012

Aqeef 21 Days Old - Susu Ibu....Nyum2...

Alhamdulillah, anak papa ni dah mula menyusu dgn kuantiti yg bertambah, moga cepat besar ya anak papa ni dan boleh kita naik ke wad biasa ;-) pastu kalau Aqeef dah sihat kita balik Sungai Petani ya sayang ;-)




Sunday 19 August 2012

Aqeef 17 Days Old - Aqeef stress.....

1 Syawal Aqeef genap 17 hari umurnya, alhamdulillah Aqeef telah mula diberi susu melalui tiub walaupun pada mula perutnya tidak menerima susu tersebut dan memuntahkanya....mungkin kesan dari pembedahan CDH repair tempoh hari, tapi semalam Aqeef telah mula menerima susu ibu ;-)
Malam tadi juga Aqeef mula menangis dan menunjukkan ketidakselesaan serta stress. Ini mengakibatkan kadar denyutan jantungnya laju mencecah paras stress iaitu 203 BPM. Papa mula panik n call ibu suruh dtg PICU utk pujuk Aqeef serta tenangkan dia... Setelah doc membuat xtray dan pemeriksaan, paru-paru kiri Aqeef mengecut akibat tekanan cecair yg byk pada lapisan bawah kulit.. Aqeef distabilkan semula dgn diberi ubat tahan sakit n tido...Alhamdulillah kini Aqeef mula stabil.. Aqeef jgn takut ya, papa sentiasa bersama aqeef di PICU ya... Esok aqeef sihat cpt ya... Tak sabar nak gurau2 dgn Aqeef dgn mata yg terbuka seperti 2 hari lepas, comel sngt anak papa ni ;-) Selamat Hari Raya Aidilfitri Aqeef... Comel baju melayu hijau yg papa tempah khas utk Aqeef tau..

Friday 10 August 2012

Aqeef 9 Days Old - Alhamdulillah Aqeef Selamat dan Stabil

Seperti biasa setiap pagi papa mesti ke PICU melawat anak papa ni. Alhamdulillah slps pembedahan Aqeef kembali stabil dan doc menerangan paru2 kiri Aqeef sedang berkembang dgn baik... Insyallah dalam seminggu lagi mungkin Aqeef tidak lagi memerlukan bantuan tiub oksigen ke dlm paru-parunya, lega sangat hati ini mendengar ;-)  Anak papa ni memang kuat semangat orangnya... Teruskan perjuanganmu Aqeef, ibu dan papa sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan buatmu.... Amin.....






Thursday 9 August 2012

Aqeef 8 Days Old - Big Day (Pembedahan)

Alhamdulillah dengan keadaan Aqeef yang sangat stabil dan baik hari ini maka doc akan melakukan pembedahan untuk memperbaiki CDH yg berlaku pada ruang paru2 kirinya. Anak papa ni memang kuat orangnya ;-) papa dan ibu sentiasa mendoakan Aqeef selamat semuanya dan cepat sembuh. Semakin hari semakin rindu pada anak papa ni. Terima kasih atas segala doa yang berterusan dari semua pihak yang sangat menyayangi Aqeef. Moga Allah memberi rahmat kepada setiap insan yang ikhlas mendoakan keselamatan Aqeef......

Monday 6 August 2012

Aqeef 3 Days Old - Aqeef semakin stabil

Alhamdulillah Aqeef menunjukkan perkembangan yg baik dan diharapkan ianya berterusan agar pembedahan boleh dilakukan dgn segera iaitu insyallah sebelum Syawal. Papa dan ibu doakan Aqeef cepat baik ya.....

Friday 3 August 2012

3 Ogos 2012 (14 Ramadhan 1433 Hijrah) Selamat semuanya.... Alhamdulillah

Alhamdulillah, tanggal 3 Ogos 2012 iaitu mlm 14 Ramadhan, Baby Aqeef Amsyar Asrol telah selamat dilahiran secara 'cesarean' di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aqeef yg seberat 3.27 kg telah tempatkan di NICU sejurus selepas bersalin untuk diberi bantuan pernafasan dengan segera kerana paru2 beliau tidak cukup kuat untuk bernafas secara sendiri. Aqeef sngat sihat dan comel apabila berada di dlm incubator. Alhamdulillah setakat ini aqeef stabil dan menunjukkan perkembangan positif, doa berterusan tetap dipohon agar Aqeef segera stabil dan boleh bersedia untuk dilakukan pembedahan pembaikan CDH tersebut... Gembira rasa apabila dapat mendakap wajah Aqeef yg comel, pegang tangan serta kaki yg gebu serta dpt mengazankan ditelingannya....sejuk hati melihat anak papa yg comel ni... Cpt2 sembuh ya anak papa, ibu tak sabar nak nengok aqeef ptg ni jika ibu dah dibenarkan berjalan.. Kami sngt sayang pada Aqeef...mmmmmmmuuuuaaah!




Wednesday 1 August 2012

Semoga selamat segalanya, amin......

Assalamualaikum,
Jam 10.30 ibu Aqeef di tahan wad coz telah menunjukkan tanda2 sakit utk bersalin, Doc telah membut segala persiapan utk menyambut Baby Aqeef. Doa dari semua pembaca agar semuanya selamat dan berjalan lancar amat kami hargai... Rezeki Aqeef juga pagi ni coz ada wakil dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yg dtg memberi duit raya RM100 kepada semua ibu-ibu mengandung di dalam wad, Alhamdulillah.....;-)

Monday 23 July 2012

Menanti Hari - 39 Minggu

Alhamdulillah, 25 Julai 2012 genap 39 Minggu Aqeef di dalam kandungan ibunya... Tak sabar rasanya ingin melihat Aqeef senyum pada Ibu dan Papa ;-)    Walaupun papa terpaksa memandu hampir 4 jam dari SP ke PJ dan pulang semula ke SP pada tiap2 minggu, tetapi kepenatan ibu membawa Aqeef jauh lebih hebat pengorbanannya...tak termampu papa membalas jasa baik ibu, papa hanya mampu memberi sokongan dan kasih-sayang sepenuh hati papa... Aqeef jangan keluar dulu tau, tunggu papa balik rabu ni ya ;-p ..... Semoga Allah melindungi kami sekeluarga...amin...

Saturday 7 July 2012

Selamat Pulang ke PJ Aqeef...

Salam, Alhamdulillah perjalanan hampir 5 jam dari Sungai Petani ke Petaling Jaya di rumah ibuku menaiki kereta Myvi yang telah aku ubah menjadi katil yang selesa disebelah duduk penumpang belakang, akhirnya telah membawa kami bertiga dengan selamatnya. Isteriku telah memulakan cuti bersalin 2 minggu awal untuk bersediaan kelahiran Aqeef yang dijangkakan di dalam masa 2-3 minggu lagi. Debaran semakin terasa untuk kami berdua, tetapi kami telah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal ditempuhi. Selasa, 10 Julai 2012 kami berdua akan melakukan pemeriksaan rutin yang terperinci di PPUM oleh Doc Pakar untuk melihat perkembangan Aqeef agar sentiasa di dalam keadaan yang sihat. Aqeef bergerak sangat aktif di dalam kandungan ibunya terutamanya waktu subuh, Aqeef anak yg baik dan selalu bangun awal subuh mengejut kami berdua agar dapat solat bersama ;-)  Alhamdulillah moga Aqeef menjadi anak yang soleh sepanjang hayatnya, amin.....sejuk perut ibu nanti. Aku semalam pulang semula ke SP menaiki bas kerana kereta yg dipandu pulang ke PJ aku tinggalkan untuk persediaan kecemasan atau untuk lain-lain perkara. Hari ini Ahad seperti biasa aku pergi ke kelas mengajar.. esok petang aku pulang semula ke PJ menaiki bas untuk menemani isteri ke PPUM pada hari selasa 10hb dan setelah habis pemeriksaan Aqeef, petang aku menaiki bas semula untuk pulang ke SP kerana esoknya ada kelas. Begitulah rutin yang perlu aku korbankan demi melihat 2 insan yang sayangi ini sentiasa sihat dan ceria. Khamis mlm jumaat pula aku menaiki bas sekali lagi pulang ke PJ untuk menemani isteri dan Aqeef di umah ibuku hingga sabtu iaitu cuti hujung minggu. Mereka berdua memerlukan kasih sayang dan kekuatan dari seorang suami di sisi untuk tempoh terdekat ini, aku berdoa agar diberikan kesihatan dan kekuatan di dalam diri selama tempoh ini. Amin.......

Sunday 17 June 2012

Week 32 + 2 Days at PPUM

Assalamualikum... Maaf kerana sudah lama tidak update Blog Aqeef papa ni... ;) Alhamdulillah, 14 Jun 2012 - jam 8.30 pagi seperti biasa kami menjalankan rutin pemeriksaan Aqeef di PPUM yang telah masuk minggu ke 32. Segalanya berlaku dengan tenang dan penuh kesabaran buat kami bertiga...debaran ingin melihat Aqeef sihat di dalam kandungan ibunya akan terjawab jam 9.30 pagi apabila pemeriksaan yang di buat oleh Doktor Pakar iaitu Prof Tan Peng Chiong (PC Tan) melalui ultrasound scanning selama hampir 30 minit. Pemerhatian yang teliti perlu dilakukan pada Aqeef terutamanya perkembangan pertumbuhan paru-paru agar tidak mengalami tekanan yg kuat dari usus yang memasuki ruang tersebut. Debaran membuatkan aku dan isteri berdoa agar segalanya baik...Alhamdulillah kami didengarkan dengan berita sedikit melegakan iaitu Aqeef masih di tahap baik dan perkembangan paru2 sebelah kanan masih normal dan hanya sedikit gangguan pada bahagian kiri. Doc tersenyum dan memberitahu kami yang aqeef  berkembang seperti biasa di dalam kandungannya, tetapi pembedahan pasti akan dilakukan juga untuk mehutup lubang tersebut selepas bersalin dan setelah Aqeef stabil... Siang dan malam kami berdua berdoa utk Aqeef  agar diselamatkan segalanya... Perbincangan bersama Pakar Pediatric Prof Lucy Lim dan Pakar Bedah Prof Thambi telah kami uruskan agar segalanya nanti berjalan lancar... segala persiapan awal telah kami siapkan, harapan memang setinggi gunung, tapi segalanya di tangan Allah yang Maha Kuasa... Doa dari pembaca semua amat kami hargai dan diucap setinggi terima kasih...amin.....

Monday 14 May 2012

Sardine Sandwich

Pagi yang indah bersama isteri tersayang dan Aqeef sambil menikmati sardine sandwich yang sangat sedap.... Terima kasih sayang, kami nak lagi esok pagi ya... ;-) . Aqeef seperti biasa aktif sihat di dalam kandungan ibunya, Alhamdulillah...moga Allah sentiasa melindungi insan yang kami amat sayangi ini. Jom pegi meeting......

Apa itu Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH)


Sumber: http://www.chop.edu

Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) adalah suatu keadaan di mana lubang pada diafragma membolehkan organ-organ abdomen untuk bergerak ke dalam dada dan menyekat pembangunan paru-paru. Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) ialah suatu kecacatan kelahiran yang berlaku pada kira-kira satu dalam setiap 2500 kelahiran hidup. Ia dicirikan oleh perkembangan pada awal-awal kehamilan iaitu lubang pada diafragma, otot pernafasan yang memisahkan dada dari abdomen. Lubang akan berlaku paling biasa di sebelah kiri. Akibat dari itu, usus dan organ-organ lain dalam abdomen boleh bergerak ke dalam dada dan  menekan paru-paru yang sedang membentuk. Ini menghalang paru-paru daripada membesar dan berkembang secara normal dan boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke paru-paru dan mengakibatkan permasalahan pernafasan selepas kelahiran.







Sunday 13 May 2012

Segalanya Tenang - Alhamdulillah





Alhamdulillah, kelmarin isteriku telah berjaya berpuasa buat kali pertamanya selama 7 bulan kandungan...Tahniah sayang!..abang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan dirimu dan Aqeef Amsyar. Abang akan sentiasa faham akan bebanan mu membawa Aqeef Amsyar yang kita amat sayangi dunia dan akhirat. Percayalah, Allah amat menyayangi kita bertiga. Lusa genap kandungan 29 minggu, hari kelahiran semakin hampir, tak sabar rasanya ingin melihat si comel ini tersenyum pada papa dan ibu.. Khamis 17 Mei pula hari yang mendebarkan buat kami berdua, di mana kesihatan Aqeef akan lihat perkembangannya, setiap hari, setiap masa, setiap saat aku berdoa agar Aqeef sentiasa sihat di dalam kandungan ibunya.. Ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah kami berita gembira, tenangkanlah jiwa kami, kuatkanlah semangat kami dan jadikanlah kami insan yang sentiasa sabar dengan dugaan Mu... Amin...


Love Aqeef Amsyar

Sunday 6 May 2012

Esok 8 Mei 2012 - 28 Minggu

Aqeef akan di buat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Ya Allah, Kau selamatkanlah anakku, Kau lindungilah dia daripada penyakit ini, Kau berilah kegembiraan pada isteriku.. Amin...

AQEEF AMSYAR ASROL


Kegembiraan Kami
Aqeef Amsyar


Minggu ke-3



Minggu ke-16