Aqeef

Tuesday 17 September 2013

Aqeef Amsyar's CDH Journey (3 August 2012 - 3 August 2013) Congenital Diaphragmatic Hernia Survivor... Love U Aqeef Amsyar....

Assalamualaikum...Sibuk sangat papa sekarang ni melayan karenah Aqeef, tak sempat nak update blog... Alhamdulillah Aqeef semakin sihat dan dah besar.... Inilah perjalan Aqeef setelah setahun bergelar CDH Baby...



Tuesday 2 July 2013

11 Bulan

Alhamdulillah, genap hari ini Aqeef 11 Bulan... Moga Allah sentiasa melindungi anak kesayangan kami ini...amin.......





Saturday 18 May 2013

9 Bulan 17 Hari

Alhamdulillah.... Aqeef sihat dan cergas seperti biasa... kehidupan kami sekeluarga amat bahagia sekarang ini. Aqeef sekarang dah mula tumbuh gigi 2 batang di bawah dan mula belajar merangkak... Yeah! hebat anak papa ni....teruskan perjuanganmu Aqeef, papa dan ibu sentiasa di sisi mu...






Monday 22 April 2013

8 Bulan 20 hari

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak masuk blog anak papa ni, papa kebelakangan ni sangat sibuk ;-)  Alhamdulillah Aqeef semakin sihat dan cergas seperti bayi normal yg lain.... hari ni genap umurnya 8 bulan 20 hari....






Saturday 5 January 2013

Genap 5 Bulan Umur Aqeef Amsyar, Alhamdulillah...

Assalamualaikum semua, maaf kerana lama tidak menjenguk blog Aqeef papa ni. Alhamdulillah genap 5 bulan umur Aqeef pada 3 Januari 2013. Aqeef semakin sihat dan semakin aktif bermain bersama-sama kami berdua... Buat pertama kali juga 1 Januari 2013 Aqeef terpaksa berpisah dengan ibunya apabila telah mula dihantar ke rumah pengasuh setelah 2 bulan cuti separuh gaji menjaga anak kesyangan kami ini.

Rutin setiap bulan perlu turun ke PPUM untuk membuat rawatan susulan berkala sudah menjadi kebiasaan pada kami berdua sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Berkembangan kesihatan Aqeef amat memberangsangkan dan menunjukkan kemajuan kesihatan yang normal seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Doa berterusan daripada semua yang menyayangi Aqeef amat saya hargai dan amat berterima kasih, moga Allah memberi rahmat kepada anda semua... Pic terbaru aqeef ;-)






Tuesday 28 August 2012

Aqeef 25 Days Old - Pengalaman Terindah Seorang Ibu

Alhamdulillah, buat kali pertama Aqeef telah dipangku oleh ibunya dan diberi susu badan. Indah dan sebak hati papa melihat Aqeef telah boleh menyusu terus dari badan ibunya.... Moga Aqeef boleh terus menerima susu badan ibu ya... Cepat besar ya anak papa ni.. Tak sabar rasanya nak keluar dengan segera dari PICU ke wad biasa. Tak sanggup lg papa nengok Aqeef dipenuhi wayar dan pelbagai mesin.. Moga Allah terus melindungi anak kesayangan papa, amin.....





Thursday 23 August 2012

Aqeef 21 Days Old - Susu Ibu....Nyum2...

Alhamdulillah, anak papa ni dah mula menyusu dgn kuantiti yg bertambah, moga cepat besar ya anak papa ni dan boleh kita naik ke wad biasa ;-) pastu kalau Aqeef dah sihat kita balik Sungai Petani ya sayang ;-)