Aqeef

Saturday, 7 July 2012

Selamat Pulang ke PJ Aqeef...

Salam, Alhamdulillah perjalanan hampir 5 jam dari Sungai Petani ke Petaling Jaya di rumah ibuku menaiki kereta Myvi yang telah aku ubah menjadi katil yang selesa disebelah duduk penumpang belakang, akhirnya telah membawa kami bertiga dengan selamatnya. Isteriku telah memulakan cuti bersalin 2 minggu awal untuk bersediaan kelahiran Aqeef yang dijangkakan di dalam masa 2-3 minggu lagi. Debaran semakin terasa untuk kami berdua, tetapi kami telah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal ditempuhi. Selasa, 10 Julai 2012 kami berdua akan melakukan pemeriksaan rutin yang terperinci di PPUM oleh Doc Pakar untuk melihat perkembangan Aqeef agar sentiasa di dalam keadaan yang sihat. Aqeef bergerak sangat aktif di dalam kandungan ibunya terutamanya waktu subuh, Aqeef anak yg baik dan selalu bangun awal subuh mengejut kami berdua agar dapat solat bersama ;-)  Alhamdulillah moga Aqeef menjadi anak yang soleh sepanjang hayatnya, amin.....sejuk perut ibu nanti. Aku semalam pulang semula ke SP menaiki bas kerana kereta yg dipandu pulang ke PJ aku tinggalkan untuk persediaan kecemasan atau untuk lain-lain perkara. Hari ini Ahad seperti biasa aku pergi ke kelas mengajar.. esok petang aku pulang semula ke PJ menaiki bas untuk menemani isteri ke PPUM pada hari selasa 10hb dan setelah habis pemeriksaan Aqeef, petang aku menaiki bas semula untuk pulang ke SP kerana esoknya ada kelas. Begitulah rutin yang perlu aku korbankan demi melihat 2 insan yang sayangi ini sentiasa sihat dan ceria. Khamis mlm jumaat pula aku menaiki bas sekali lagi pulang ke PJ untuk menemani isteri dan Aqeef di umah ibuku hingga sabtu iaitu cuti hujung minggu. Mereka berdua memerlukan kasih sayang dan kekuatan dari seorang suami di sisi untuk tempoh terdekat ini, aku berdoa agar diberikan kesihatan dan kekuatan di dalam diri selama tempoh ini. Amin.......

6 comments:

  1. assalamualaikum...saya hrp awk dpt teruskn menulis perkembangan baby aqeef...saya juga salah seorg ibu yg mengandung zuriat senasib aqeef...skrg mengandung 26mgg..saya dpt tau mengenai baby saya ada CDH seawl 18 mgg kndungan...saya hrp awk dpt berkongsi pengalaman awk dgn saya...mggu depan saya ada appoinmnt dgn pakar di PPUKM...walaupun hati berasa risau, tp saya hrp dgn membaca pengalaman awk suami isteri dpt memberi kekuatan kpd saya...

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam Mazni, terima kasih kerana sudi menjenguk blog Aqeef. Harap mazni tabah dengan segala ujian dari Allah, kami melaluinya dengan penuh debaran dan kesabaran yang tinggi. Insyallah Aqeef akan melihat dunia yang indah dalam minggu ini. Kami berdua sentiasa berdoa pada Allah dan berserah akan segala ketentuannya...moga Aqeef diselamatkan dan berkongsi menikmati kehidupan bersama kami berdua, Insyallah dengan izinNya. Insyallah saya akan meneruskan menulis akan perjuangan yang perlu Aqeef ini...Tunggu akan kelahiran Aqeef ;)

    ReplyDelete
  3. Moga Allah permudahkan segala urusan kelahiran aqeef...saya x sabar menunggu berita gembira mengenai keadaan aqeef...

    ReplyDelete
  4. cmne keadaan aqeef?hrp dpt berita gembira...saya masih mengharap ada sinar utk baby saya...doc hanya mengatakan baby kami mempunyai hrpn tipis utk survive...namun saya xakan berputus asa berdoa moga baby kami slmt spt baby2 CDH yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lusa Genap 39 Minggu Aqeef di dalam kandungan ibunya... Bila2 masa sahaja Aqeef akan dilahir, kami masih bersabar dengan penuh harapan yang tinggi melihat Aqeef selamat segalanya... Mazni jgn risau, doc hanya memberi pendapat, tetapi kita sebagai ibu dan bapa harus yakin bahawa anak kita akan selamat...Insyallah jika dizinkan Allah, pasti ada keajiban kepada baby2 CDH...

      Delete
  5. Salam Ramadhan buat Asrol sekeluarga.Lama saya tak menjenguk blog Aqeef.Doa saya sentiasa bersama Asrol sekeluarga.Di saat begini,tabahkan hati,kuatkan semangat,berdoa agar ALLAH SWT beratkan iman,insyaALLAH ujian yang ALLAH turunkan akan terasa ringannya.Andai Aqeef baik untuk dunia akhirat,ALLAH SWT akan panjangkan usianya.ALLAH SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

    Buat Mazni,tanamkan sifat positif.Kita sebagai ibubapa sentiasa ada harapan anak yang dilahirkan panjang umur,sihat dah sempurna.Berdoalah kerana di saat kita tiada daya dan kekuatan berbuat apa-apa,ALLAH SWT masih ada bersama kita.Jangan sedih-sedih ya.berbual dengan baby setiap hari,ambil gambar,rekodkan segala memori.itulah yang saya buat dan apabila saya melihat kembali,alhamdulillah saya menjaga amanah ALLAH SWT sehingga saya selamat melahirkan walaupun umur anak saya tak panjang.Jaga diri dan kandungan.

    ReplyDelete