Aqeef

Sunday, 13 May 2012

Segalanya Tenang - Alhamdulillah





Alhamdulillah, kelmarin isteriku telah berjaya berpuasa buat kali pertamanya selama 7 bulan kandungan...Tahniah sayang!..abang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan dirimu dan Aqeef Amsyar. Abang akan sentiasa faham akan bebanan mu membawa Aqeef Amsyar yang kita amat sayangi dunia dan akhirat. Percayalah, Allah amat menyayangi kita bertiga. Lusa genap kandungan 29 minggu, hari kelahiran semakin hampir, tak sabar rasanya ingin melihat si comel ini tersenyum pada papa dan ibu.. Khamis 17 Mei pula hari yang mendebarkan buat kami berdua, di mana kesihatan Aqeef akan lihat perkembangannya, setiap hari, setiap masa, setiap saat aku berdoa agar Aqeef sentiasa sihat di dalam kandungan ibunya.. Ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah kami berita gembira, tenangkanlah jiwa kami, kuatkanlah semangat kami dan jadikanlah kami insan yang sentiasa sabar dengan dugaan Mu... Amin...


Love Aqeef Amsyar

3 comments:

  1. AsSalam.saya dpt link ini dari http://najlabatrisya.blogspot.com

    Saya telah melahirkan puteri sulung,CDH baby pada 16 Mei 2012.Diagnos with CDH at 23 weeks,born at 36 weeks.Baby saya dapat bertahan selama 16 1/2 jam sahaja.meninggal dunia pada hari yang sama.

    Saya dan suami akan mendoakan ibu dan baby Aqeef Amsyar dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik.insyaALLAH.good things happen.InsyaALLAH.saya telah melalui apa yang keluarga encik lalui sekarang dan faham bagaimana perasaan encik sekeluarga.tabahkan hati,kuatkan semangat dan think positive.apa jua yang akan berlaku ALLAH SWT lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  2. Takziah pada niesa atas kehilangan arwah Khaleedah... Memang sedih apabila kita kehilangan harapan pertama kita... tapi Allah Maha Penyayang dan Maha Adil... ada hikmah utk kita hadapinya dengan tabah... Saya dan isteri sentiasa berdoa agar Aqeef kami selamat segalanya... Terima kasih atas doa Neisa dan suami... Saya akan berkongsi cerita perjalanan Aqeef di sini, Insyallah....

    ReplyDelete
  3. Assalam... sy slmt mlahirkn bby Qawiy pd 20hb Feb 2016.. pukul 12.15 a.m.. tngh hari 20hb tu Qawiy dihantar ke NICU HSNZ K.Trg...bby sy pn alami CDH..
    Pd 21hb Feb 2016.. Qawiy mnjalani pmbedahn n selamat.. skrang masih di rawat di NICU HSNZ..

    Sy ingin berkongsi cerita dan ingin tahu lebih lanjut mengenai ank sis.. moga sy beroleh kekuatan tuk hadapi semua ini.. ni whatsapp no sy 014-3327786.. sekiranya sis sudi blh text sy.. terima ksh sis.. srmoga Aqeef sentiasa dlm lindungan Allah.

    ReplyDelete