Blog ini dicipta adalah untuk menyimpan segala memori indah perjalanan hidup Aqeef Amsyar Asrol yang mempunyai keistimewaan kelahiran yang dikenali sebagai CDH yang perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk tempoh beberapa bulan yang mendatang. Doa dan kasih sayang dari semua yang mengenali kami diucapkan setinggi terima kasih. Moga Allah melindungi kami sekeluarga, amin......
Thursday, 9 August 2012
Aqeef 8 Days Old - Big Day (Pembedahan)
Alhamdulillah dengan keadaan Aqeef yang sangat stabil dan baik hari ini maka doc akan melakukan pembedahan untuk memperbaiki CDH yg berlaku pada ruang paru2 kirinya. Anak papa ni memang kuat orangnya ;-) papa dan ibu sentiasa mendoakan Aqeef selamat semuanya dan cepat sembuh. Semakin hari semakin rindu pada anak papa ni. Terima kasih atas segala doa yang berterusan dari semua pihak yang sangat menyayangi Aqeef. Moga Allah memberi rahmat kepada setiap insan yang ikhlas mendoakan keselamatan Aqeef......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment