Blog ini dicipta adalah untuk menyimpan segala memori indah perjalanan hidup Aqeef Amsyar Asrol yang mempunyai keistimewaan kelahiran yang dikenali sebagai CDH yang perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk tempoh beberapa bulan yang mendatang. Doa dan kasih sayang dari semua yang mengenali kami diucapkan setinggi terima kasih. Moga Allah melindungi kami sekeluarga, amin......
Sunday, 17 June 2012
Week 32 + 2 Days at PPUM
Assalamualikum... Maaf kerana sudah lama tidak update Blog Aqeef papa ni... ;) Alhamdulillah, 14 Jun 2012 - jam 8.30 pagi seperti biasa kami menjalankan rutin pemeriksaan Aqeef di PPUM yang telah masuk minggu ke 32. Segalanya berlaku dengan tenang dan penuh kesabaran buat kami bertiga...debaran ingin melihat Aqeef sihat di dalam kandungan ibunya akan terjawab jam 9.30 pagi apabila pemeriksaan yang di buat oleh Doktor Pakar iaitu Prof Tan Peng Chiong (PC Tan) melalui ultrasound scanning selama hampir 30 minit. Pemerhatian yang teliti perlu dilakukan pada Aqeef terutamanya perkembangan pertumbuhan paru-paru agar tidak mengalami tekanan yg kuat dari usus yang memasuki ruang tersebut. Debaran membuatkan aku dan isteri berdoa agar segalanya baik...Alhamdulillah kami didengarkan dengan berita sedikit melegakan iaitu Aqeef masih di tahap baik dan perkembangan paru2 sebelah kanan masih normal dan hanya sedikit gangguan pada bahagian kiri. Doc tersenyum dan memberitahu kami yang aqeef berkembang seperti biasa di dalam kandungannya, tetapi pembedahan pasti akan dilakukan juga untuk mehutup lubang tersebut selepas bersalin dan setelah Aqeef stabil... Siang dan malam kami berdua berdoa utk Aqeef agar diselamatkan segalanya... Perbincangan bersama Pakar Pediatric Prof Lucy Lim dan Pakar Bedah Prof Thambi telah kami uruskan agar segalanya nanti berjalan lancar... segala persiapan awal telah kami siapkan, harapan memang setinggi gunung, tapi segalanya di tangan Allah yang Maha Kuasa... Doa dari pembaca semua amat kami hargai dan diucap setinggi terima kasih...amin.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment