Blog ini dicipta adalah untuk menyimpan segala memori indah perjalanan hidup Aqeef Amsyar Asrol yang mempunyai keistimewaan kelahiran yang dikenali sebagai CDH yang perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk tempoh beberapa bulan yang mendatang. Doa dan kasih sayang dari semua yang mengenali kami diucapkan setinggi terima kasih. Moga Allah melindungi kami sekeluarga, amin......
Monday, 23 July 2012
Menanti Hari - 39 Minggu
Alhamdulillah, 25 Julai 2012 genap 39 Minggu Aqeef di dalam kandungan ibunya... Tak sabar rasanya ingin melihat Aqeef senyum pada Ibu dan Papa ;-) Walaupun papa terpaksa memandu hampir 4 jam dari SP ke PJ dan pulang semula ke SP pada tiap2 minggu, tetapi kepenatan ibu membawa Aqeef jauh lebih hebat pengorbanannya...tak termampu papa membalas jasa baik ibu, papa hanya mampu memberi sokongan dan kasih-sayang sepenuh hati papa... Aqeef jangan keluar dulu tau, tunggu papa balik rabu ni ya ;-p ..... Semoga Allah melindungi kami sekeluarga...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment