Assalamualaikum semua, maaf kerana lama tidak menjenguk blog Aqeef papa ni. Alhamdulillah genap 5 bulan umur Aqeef pada 3 Januari 2013. Aqeef semakin sihat dan semakin aktif bermain bersama-sama kami berdua... Buat pertama kali juga 1 Januari 2013 Aqeef terpaksa berpisah dengan ibunya apabila telah mula dihantar ke rumah pengasuh setelah 2 bulan cuti separuh gaji menjaga anak kesyangan kami ini.
Rutin setiap bulan perlu turun ke PPUM untuk membuat rawatan susulan berkala sudah menjadi kebiasaan pada kami berdua sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Berkembangan kesihatan Aqeef amat memberangsangkan dan menunjukkan kemajuan kesihatan yang normal seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Doa berterusan daripada semua yang menyayangi Aqeef amat saya hargai dan amat berterima kasih, moga Allah memberi rahmat kepada anda semua... Pic terbaru aqeef ;-)
alhmdllh...aqeef sehat...comel...moga aqeef terus sehat yer...
ReplyDeleteAssalamualaikum Mazni, apa khabar sekarang? lama tak dengar berita.. Moga Mazni sentiasa sihat dan tabah dengan ketentuan Allah.. Alhamdulillah Aqeef semakin sihat... Insyallah kalau ada rezeki boleh Aqeef jumpa Mazni ya.. ;-)
Deletewslm...saya sehat..alhmdllh..Allah beri saya rzk punya ank susuan dan kini hamil 24mgg wpun dipinjam sekejap anak yg dikandungkan dl...Berkat dugaan berat, Allah sudi kurniakan saya rzk yg melimpah...Moga aqeef terus sehat...saya selalu mengikuti perkembangan aqeef..rajin2 la update cerita aqeef yer...sampaikn slm pd isteri... :)
ReplyDelete