Aqeef

Saturday, 5 January 2013

Genap 5 Bulan Umur Aqeef Amsyar, Alhamdulillah...

Assalamualaikum semua, maaf kerana lama tidak menjenguk blog Aqeef papa ni. Alhamdulillah genap 5 bulan umur Aqeef pada 3 Januari 2013. Aqeef semakin sihat dan semakin aktif bermain bersama-sama kami berdua... Buat pertama kali juga 1 Januari 2013 Aqeef terpaksa berpisah dengan ibunya apabila telah mula dihantar ke rumah pengasuh setelah 2 bulan cuti separuh gaji menjaga anak kesyangan kami ini.

Rutin setiap bulan perlu turun ke PPUM untuk membuat rawatan susulan berkala sudah menjadi kebiasaan pada kami berdua sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Berkembangan kesihatan Aqeef amat memberangsangkan dan menunjukkan kemajuan kesihatan yang normal seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Doa berterusan daripada semua yang menyayangi Aqeef amat saya hargai dan amat berterima kasih, moga Allah memberi rahmat kepada anda semua... Pic terbaru aqeef ;-)