Aqeef

Monday, 23 July 2012

Menanti Hari - 39 Minggu

Alhamdulillah, 25 Julai 2012 genap 39 Minggu Aqeef di dalam kandungan ibunya... Tak sabar rasanya ingin melihat Aqeef senyum pada Ibu dan Papa ;-)    Walaupun papa terpaksa memandu hampir 4 jam dari SP ke PJ dan pulang semula ke SP pada tiap2 minggu, tetapi kepenatan ibu membawa Aqeef jauh lebih hebat pengorbanannya...tak termampu papa membalas jasa baik ibu, papa hanya mampu memberi sokongan dan kasih-sayang sepenuh hati papa... Aqeef jangan keluar dulu tau, tunggu papa balik rabu ni ya ;-p ..... Semoga Allah melindungi kami sekeluarga...amin...

Saturday, 7 July 2012

Selamat Pulang ke PJ Aqeef...

Salam, Alhamdulillah perjalanan hampir 5 jam dari Sungai Petani ke Petaling Jaya di rumah ibuku menaiki kereta Myvi yang telah aku ubah menjadi katil yang selesa disebelah duduk penumpang belakang, akhirnya telah membawa kami bertiga dengan selamatnya. Isteriku telah memulakan cuti bersalin 2 minggu awal untuk bersediaan kelahiran Aqeef yang dijangkakan di dalam masa 2-3 minggu lagi. Debaran semakin terasa untuk kami berdua, tetapi kami telah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal ditempuhi. Selasa, 10 Julai 2012 kami berdua akan melakukan pemeriksaan rutin yang terperinci di PPUM oleh Doc Pakar untuk melihat perkembangan Aqeef agar sentiasa di dalam keadaan yang sihat. Aqeef bergerak sangat aktif di dalam kandungan ibunya terutamanya waktu subuh, Aqeef anak yg baik dan selalu bangun awal subuh mengejut kami berdua agar dapat solat bersama ;-)  Alhamdulillah moga Aqeef menjadi anak yang soleh sepanjang hayatnya, amin.....sejuk perut ibu nanti. Aku semalam pulang semula ke SP menaiki bas kerana kereta yg dipandu pulang ke PJ aku tinggalkan untuk persediaan kecemasan atau untuk lain-lain perkara. Hari ini Ahad seperti biasa aku pergi ke kelas mengajar.. esok petang aku pulang semula ke PJ menaiki bas untuk menemani isteri ke PPUM pada hari selasa 10hb dan setelah habis pemeriksaan Aqeef, petang aku menaiki bas semula untuk pulang ke SP kerana esoknya ada kelas. Begitulah rutin yang perlu aku korbankan demi melihat 2 insan yang sayangi ini sentiasa sihat dan ceria. Khamis mlm jumaat pula aku menaiki bas sekali lagi pulang ke PJ untuk menemani isteri dan Aqeef di umah ibuku hingga sabtu iaitu cuti hujung minggu. Mereka berdua memerlukan kasih sayang dan kekuatan dari seorang suami di sisi untuk tempoh terdekat ini, aku berdoa agar diberikan kesihatan dan kekuatan di dalam diri selama tempoh ini. Amin.......